CARA TRADISIONAL MENURUNKAN KADAR GULA YANG TINGGI DALAM DARAH

Saat bersembang dengan seorang kawan, dia tiba-tiba memberi tips yang sangat menarik in iaitui tentang bagaimana cara menurunkan kadar gula yang tinggi dalam darah. Khusus bagi pesakit kencing manis.

Sememangnya sembang tentang kesihatan pada umur yang dah semakin menuju senja ni adalah satu topik yang menjadi kegemaran. Orang seusia kami memang sering beri fokus yang lebih tentang kesihatan kerana kami sedar semakin lanjut usia semakin menurun tahap kesihatan masing-masing.

Testimoni yang diberikan dari tips mengawal paras gula dalam darah yang diceritakan oleh sahabat saya tadi memang menarik.

Pak Amir, salah seorang rakan sekerja kami yang sudah berpencen adalah seorang penghidap kencing manis. Pernah satu ketika bacaan gula dalam darahnya mencapai angka 21! MasyaAllah, memang sangat tinggi untuk usia beliau yang dah mencecah 60 tahun.

Bila diceritakan tips ini kepadanya, beliau mengambil keputusan untuk mencuba kaedah ini memandangkan tidak berapa hari lagi beliau akan menjalani rawatan susulan di Pejabat Kesihatan. Alhamdulillah, ternyata berkesan. Bacaan gula dalam darah beliau merudum hingga ke angka 6! Sangat menakjubkan bukan?

Maka di sini saya tak mahu membuat anda semua tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu apakah kaedah yang dikongsikan dari sahabat saya tadi.

Sangat mudah, sangat murah dan less effort.

Bahan-bahan:

14 batang kacang panjang

1 biji tomato

Caranya:

Kisar halus kesemua bahan tadi, Tapis. Minum sehingga habis.

Kekerapan:

Memadai seminggu atau 2 minggu sekali.

Saya tidak pasti dari sudut sainsnya apa kandungan di dalam kacang panjang dan tomato yang begitu berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah ini. Mungkin anda rakan pembaca boleh kongsikan di sini jika ada pengetahuan tentang itu. Sangat-sangat saya hargai dan alu-alukan.

Akhir kata, semoga ada manfaatnya coretan saya ini dan silakan berkongsi dengan sesiapa sahaja kerana soal kesihatan memang sewajarnya jadi keutamaan kepada kita tanpa mengira umur.

Image result for kacang panjang


Wallahualam.





Komen