SAYA TIDAK MERASA GAGAL...SAYA CUMA RASA SEPERTI BELUM MENCUBA APA-APA

Assalamualaikum,

Sangata payah rupanya untuk mencari masa luang yang panjang untuk mencurah idea dan berkongsi rasa di blog kesayanganku ini.

Namun ku gagahi dengan sedikit masa yang ada terluang ini. Memang sangat berharga masa kepada kita kan? Tiada masa, tak sempat, sibuk..itu semua memang alasan untuk menutup kelemahan diri. Walhal orang tua pun dah kata..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jadi inilah daya yang ada pada masa dan saat ini untuk menulis di sini.

SAYA TIDAK MERASA GAGAL..SAYA CUMA RASA BELUM MENCUBA APA-APA

Ayat ini dengan secara spontan terlintas di fikiran bila teman-teman sedang melontar komen masing-masing di laman sosial. Ternyata masing-masing sedang berusaha mengutip semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bisnes masing-masing.

Bila saya menyoal diri sendiri..inilah ayat jujur yang lahir dari fikiran. Memang saya tidak mahu berasa gagal. Perkataan gagal itu sangat negatif dan bagi orang berniaga seperti saya, perkataan gagal ibarat racun yang membunuh sekelip mata.

Dan sejujurnya juga saya merasa usaha yang selama ini dicurahkan dalam bisnes ni terlalu sedikit. Ibarat anak kecil yang sedang berjalan jatuh. Banyak yang masih boleh dilakukan. Macam-macam cara boleh digunakan.

Tak mengapa..setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama.Saya akan mengatur Langkah demi langkah menuju jalan yang masih panjang dan terhampar di depan mata. Saya tidak pasti apa yang ada dihujungnya.

Yang pasti..saya telah memulakannya..dan saya juga pasti akan teruskannya.




Komen