TERKINI DARI SAYA 22.2.2017

Assalamualaikum semua,

Amatlah rugi bagi saya yang dah mempunyai blog sendiri tetapi tak pandai nak memanfaatkannya secara maksimum.

mungkin dah tiba masanya untuk saya secara istiqomah berkongsi perkara-perkara baik dengan anda semua.

Ada alasan yang sangat utama kenapa saya tiba-tiba teringatkan webpage saya ni.. iaitu setelah doktor membuat pengesahan ke atas komplikasi jantung yang sedang saya alami sekarang. Bermakna secara klinikalnya saya sekarang adalah seorang pesakit jantung.

Bila Allah dah beri pengesahan penyakit ini buat saya, bermakna setiap hari setiap detik setiap hela nafas yang Allah beri ini adalah satu nikmat yang tak ternilai dan sepatutnya digunakan dengan penuh bermakna.

Page ini bertujuan untuk menyebarkan penjimatan yang ditawarkan oleh Onexox. InsyaAllah saya masih lagi sebagai dealer sah Onexox hingga sekarang.

Secara puratanya saya berjaya menjual top up Onexox (semata-mata, tiada telco lain) sebanyak 15k. It's quite an achievement. Alhamdulillah walau banyak kekangan untuk mencari user baru sebagai pengguna talian penjimatan utama ini tetapi pengguna sedia ada dari rangkaian saya mau pun dari dealer-dealer yang lain sentiasa memerlukan perkhidmatan saya untuk menjual top up kepada mereka.

Bagi saya after sales service sangat penting. Itulah yang saya buat sejak hari pertama saya bersama onexox. Saya akan terus memberikan perkhidmatan kepada semua pengguna onexox. Sesungguhnya onexox adalah kebahagiaan saya sekarang! Hope it wont sounds overr.. hehe.


Salam sayang Onexox dari saya.

Wassalam.


Komen