Blog - norzila.com

Assalamualaikum semua,

ONEXOX MENAWARKAN PROGRAM USER-GET-USER (UGU)


Setiap kali anda memperkenalkan simkad ONEXOX dan mereka membeli simkad tersebut anda akan mendapat insentif 6% setiap kali pengguna tersebut top up.


Contoh: Anda ajak/syorkan/ rekemen MILAH bertukar kepada ONEXOX. Setiap kali MILAH top up/reload anda akan mendapat insentif 6% dan ianya berterusan sekiranya MILAH topup/reload. Power bukan?


Ada syarat-syarat sertai affiliate ini? ADA

Anda cuma kena ada simkad ONEXOX terlebih dahulu. Kalau tiada beli di sini norzila.com atau whatsapp saya di nombor 01120753155

Kalau anda adalah pengguna sedia ada ONEXOX anda boleh mempromosikan UGU ini dengan hanya meletakkan nombor telefon ONEXOX anda di hujung setiap URL seperti contoh:


Pautan untuk Laman Utama:

http://onexoxforyou.com/ugu=notelefon

http://onexoxforyou.com/ugu=0177066216

Pautan untuk membeli simkad

http://onexoxforyou.com/simkad?ugu=01120753155


Anda boleh pilih mana-mana pembelian dan tambah ?ugu=notelefon pada setiap hujung URL.


Semoga bermanfaat.


Assalamualaikum semua,

Amatlah rugi bagi saya yang dah mempunyai blog sendiri tetapi tak pandai nak memanfaatkannya secara maksimum.

mungkin dah tiba masanya untuk saya secara istiqomah berkongsi perkara-perkara baik dengan anda semua.

Ada alasan yang sangat utama kenapa saya tiba-tiba teringatkan webpage saya ni.. iaitu setelah doktor membuat pengesahan ke atas komplikasi jantung yang sedang saya alami sekarang. Bermakna secara klinikalnya saya sekarang adalah seorang pesakit jantung.

Bila Allah dah beri pengesahan penyakit ini buat saya, bermakna setiap hari setiap detik setiap hela nafas yang Allah beri ini adalah satu nikmat yang tak ternilai dan sepatutnya digunakan dengan penuh bermakna.

Page ini bertujuan untuk menyebarkan penjimatan yang ditawarkan oleh Onexox. InsyaAllah saya masih lagi sebagai dealer sah Onexox hingga sekarang.

Secara puratanya saya berjaya menjual top up Onexox (semata-mata, tiada telco lain) sebanyak 15k. It's quite an achievement. Alhamdulillah walau banyak kekangan untuk mencari user baru sebagai pengguna talian penjimatan utama ini tetapi pengguna sedia ada dari rangkaian saya mau pun dari dealer-dealer yang lain sentiasa memerlukan perkhidmatan saya untuk menjual top up kepada mereka.

Bagi saya after sales service sangat penting. Itulah yang saya buat sejak hari pertama saya bersama onexox. Saya akan terus memberikan perkhidmatan kepada semua pengguna onexox. Sesungguhnya onexox adalah kebahagiaan saya sekarang! Hope it wont sounds overr.. hehe.


Salam sayang Onexox dari saya.

Wassalam.

DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH

Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Saat bersembang dengan seorang kawan, dia tiba-tiba memberi tips yang sangat menarik in iaitui tentang bagaimana cara menurunkan kadar gula yang tinggi dalam darah. Khusus bagi pesakit kencing manis.

Sememangnya sembang tentang kesihatan pada umur yang dah semakin menuju senja ni adalah satu topik yang menjadi kegemaran. Orang seusia kami memang sering beri fokus yang lebih tentang kesihatan kerana kami sedar semakin lanjut usia semakin menurun tahap kesihatan masing-masing.

Testimoni yang diberikan dari tips mengawal paras gula dalam darah yang diceritakan oleh sahabat saya tadi memang menarik.

Pak Amir, salah seorang rakan sekerja kami yang sudah berpencen adalah seorang penghidap kencing manis. Pernah satu ketika bacaan gula dalam darahnya mencapai angka 21! MasyaAllah, memang sangat tinggi untuk usia beliau yang dah mencecah 60 tahun.

Bila diceritakan tips ini kepadanya, beliau mengambil keputusan untuk mencuba kaedah ini memandangkan tidak berapa hari lagi beliau akan menjalani rawatan susulan di Pejabat Kesihatan. Alhamdulillah, ternyata berkesan. Bacaan gula dalam darah beliau merudum hingga ke angka 6! Sangat menakjubkan bukan?

Maka di sini saya tak mahu membuat anda semua tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu apakah kaedah yang dikongsikan dari sahabat saya tadi.

Sangat mudah, sangat murah dan less effort.

Bahan-bahan:

14 batang kacang panjang

1 biji tomato

Caranya:

Kisar halus kesemua bahan tadi, Tapis. Minum sehingga habis.

Kekerapan:

Memadai seminggu atau 2 minggu sekali.

Saya tidak pasti dari sudut sainsnya apa kandungan di dalam kacang panjang dan tomato yang begitu berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah ini. Mungkin anda rakan pembaca boleh kongsikan di sini jika ada pengetahuan tentang itu. Sangat-sangat saya hargai dan alu-alukan.

Akhir kata, semoga ada manfaatnya coretan saya ini dan silakan berkongsi dengan sesiapa sahaja kerana soal kesihatan memang sewajarnya jadi keutamaan kepada kita tanpa mengira umur.

Image result for kacang panjang


Wallahualam.




Assalamualaikum,

Sangata payah rupanya untuk mencari masa luang yang panjang untuk mencurah idea dan berkongsi rasa di blog kesayanganku ini.

Namun ku gagahi dengan sedikit masa yang ada terluang ini. Memang sangat berharga masa kepada kita kan? Tiada masa, tak sempat, sibuk..itu semua memang alasan untuk menutup kelemahan diri. Walhal orang tua pun dah kata..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jadi inilah daya yang ada pada masa dan saat ini untuk menulis di sini.

SAYA TIDAK MERASA GAGAL..SAYA CUMA RASA BELUM MENCUBA APA-APA

Ayat ini dengan secara spontan terlintas di fikiran bila teman-teman sedang melontar komen masing-masing di laman sosial. Ternyata masing-masing sedang berusaha mengutip semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bisnes masing-masing.

Bila saya menyoal diri sendiri..inilah ayat jujur yang lahir dari fikiran. Memang saya tidak mahu berasa gagal. Perkataan gagal itu sangat negatif dan bagi orang berniaga seperti saya, perkataan gagal ibarat racun yang membunuh sekelip mata.

Dan sejujurnya juga saya merasa usaha yang selama ini dicurahkan dalam bisnes ni terlalu sedikit. Ibarat anak kecil yang sedang berjalan jatuh. Banyak yang masih boleh dilakukan. Macam-macam cara boleh digunakan.

Tak mengapa..setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama.Saya akan mengatur Langkah demi langkah menuju jalan yang masih panjang dan terhampar di depan mata. Saya tidak pasti apa yang ada dihujungnya.

Yang pasti..saya telah memulakannya..dan saya juga pasti akan teruskannya.



Assalamualaikum semua,

Dalam banyak-banyak azam, kenapa kita jarang nak berazam untuk berjimat? Yang biasa kita dengar azam nak kerja lebih kuat ..kumpul banyak duit dan saving bertambah.

Sebenarnya tanpa kita sedar perkara yang kita buat hari-hari sepanjang masa dari celik mata bangun pagi sampai pejam mata untuk tidur di malam hari mampu membantu kita mencapai impian itu.

Apa lagi kalau bukan HANDPHONE..

Telefon bimbit dah ibarat nyawa kedua kita..berpisah sekejap dah rasa kehilangan yang amat sangat. Kalau tertinggal di rumah..sanggup balik semata-mata nak ambil. Kalau rosak akan segera ke kedai untuk betulkan.

Dan...

Kalau habis top up..memang segera akan top up! Selit sepit cari duit atau pakai dulu duit yang dah diperuntuk untuk perkara-perkara lain.

Tahukah ada sahabat-sahabat saya semua..ada cara sebenarnya untuk kita boleh dapat TOP UP FREE setiap bulan?

Jangan tak percaya..memang ada..

Caranya MUDAH SANGAT!

1. Anda modalkan hanya RM10 untuk satu SIMKAD ONEXOX bagi mengekalkan nombor yang sedang anda pakai sekarang.

2. Selepas simkad ONEXOX boleh digunakan di telefon anda, pelawa rakan dan ahli keluarga untuk guna ONEXOX.

3. Saya akan daftarkan nombor telefon anda sekarang sebagai pencadang

4. Rakan dan ahli keluarga gunakan simkad ONEXOX

5. Anda terima TOP UP FREE 15hb bulan berikutnya.... MUDAH SANGAT KAN?

Jika rakan anda top up RM50..anda dapat RM3 top up free. Itu baru seorang. Kalau ramai?

RM50 x 10 orang = RM3 x 10 = RM30!!

Jangan fikir lagi. Buat je dulu. Nanti akan nmpak hasilnya. MUDAH DAN TELUS!

Hubungi saya : 01120753155

01120753155

01120753155


Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2016 kepada semua.

Hari pertama tahun baru pasti semua orang dah bersiap sedia dengan senarai azam dan target yang nak capai.

Bagi kita org islam...kita sangat bertuah..sebab meraikan 2 tahun baru setiap tahun....awal muharram yg datang dari zaman Rasulullah saw dan awal januari yg wujud sejak zaman Nabi Isa Alaihissalam. Ini bermakna azam dan target dapat diperbaharui dan disemak 2 kali setahun..

Sambil2 kita merenung dan menyemak semula azam tahun baru kita...saya nak berkongsi cebisan coretan yang sangat menarik yang tersebar di laman sosial dan dikongsi di group whatsapp sekolah saya..


RELUNG KEHIDUPAN

Waktu sedang di PUNCAK kita merasa banyak teman di sekeliling kita

Waktu sedang BERKUASA kita percaya diri boleh melakukan apa saja

Waktu sedang TAK BERDAYA barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada

Waktu sedang JATUH kita baru sedar selama ini siapakan teman yang memperalat dan memanfaatkan kita

Waktu sedang SAKIT kita baru tahu bahaWA sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta

Waktu kita MISKIn baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit dan saling membantu saudara kita

Masuk USIA TUA baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan, banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid..

Saat di AMBANG AJAL baru tahu ternyata begitu banyak waktu kita yang terbuang sia-sia.


HIDUP TIDAKLAH LAMA, SUDAH SAATNYA KITA BERSAMA-SAMA MEMBUAT HIDUP LEBIH BERHARGA

Saling menghargai

Saling mwembantu

Saling memberi

Saling mendukung

JADILAH TEMAN SETIA TANPA SYARAT

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman.

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai HATI NURANI yang tulus.

Jauhkan niat jahat untuk mencelakai dan memfitnah

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untk kepentingan peribadi kita.

APA YANG DITABUR ITULAH YANG AKAN DITUAI

ALLAH SWT TIDAK PERNAH MENJANJIKAN LANGIT ITU SELALU BIRU, BUNGA SELALU MEKAR,..DAN MENTARI SELALU BERSINAR..

TAPI KETAHUILAH!

ALLAH SWT SELALU MEMBERI PELANGI DI SETIAP BADAI, SENYUM DI SETIAP AIRMATA, RAHMAT DAN BERKAT DI SETIAP UJIAN DAN JAWAPAN DI SETIAP DOA...

JANGAN PERNAH MENYERAH.

TERUSKANLAH ISTIQOMAH BERIBADAH..KERANA...

HIDUP INI TERLALU INDAH..

SAHABATKU..

INDAHNYA HIDUP BUKAN KERANA RAMAI ORANG YANG MENGENALI KITA

NAMUN BERAPA BANYAK ORANG YANG MERASA BAHAGIA MENGENALI KITA..



Bismillah

Assalamualaikum,

Hari terakhir di Tahun 2015 yang mencatat sejarah peribadi tersendiri. Paling saya teruja bila sejarah tercipta ini datangnya dari bisnes yang berusia baru 1 tahun 1 bulan 4 hari saya ceburi.

Sejarah pertama adalah ini hari pertama saya menulis di blog saya sendiri. Satu impian setahun lalu yang dah jadi kenyataan. Terima kasih Allah. Semoga langkah pertama ini membawa saya semakin jauh melangkah bersama ONEXOX. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan Dealer Saudara Rusdy Ahmad yang membantu merealisasikan impian ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa saudara.


Sejarah kedua bila pagi ini nama naik di carta ONEXOX. Waduh..sungguh teruja nampak nama sendiri. Yang menjadikan angka 6 dalam pendaftaran itu sangat manis adalah bila ke enam enam user adalah NOMBOR LAMA YANG DIKEKALKAN dan semuanya adalah dari CELCOM! Ini bermakna 2 minggu dari sekarang mereka akan menikmati TEMPOH SAH KREDIT SELAMA 2 TAHUN 4 BULAN! . Gembiranya bila penjimatan sebegini dapat disebarkan dan dikongsi bersama.

Sesungguhnya 2 sejarah peribadi yang tercipta ini adalah azimat hebat yang akan dibawa sebagai bekal untuk melangkah ke TAHUN 2016 dengan penuh keazaman dan keyakinan bahawa Allah telah menetapkan rezeki untuk hambaNya masing-masing dan tugas kita sebagai hamba adalah berusaha, berdoa, bertawakal sepenuhnya. Bagaimana, bila, apa, di mana, siapa, berapa...semua itu tak perlu kita pening-pening nak fikirkan kerana itu RAHSIA ALLAH sepenuhnya. Simple.


Perbaharui niat dalam hati. InsyaAllah tak ada yang perlu dirisaukan kerana perniagaan ONEXOX ini PATUH SYARIAH dan sentiasa berlandaskan hukum dan syariat agama Islam.

Terima kasih kerana membaca coretan ringkas dari saya dan jika anda ingin bertanya apa saja tentang PENJIMATAN yang ditawarkan sila hubungi saya.


01120753155

Wassalam.